Solusi Islam Buat Para Pemuda
(By Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti |
Oleh sebab itulah Rasulullah meletakkan tangga kemuliaan dan kelebihan golongan pemuda yang membesar di atas jalan istiqamah dan ketaatan pada kedudukan kedua selepas kelebihan pemerintah yang adil. Adapun lima golongan lagi yang disebutkan oleh Rasulullah, meskipun setiap golongan itu mempunyai kelebihan di sisi Allah, mereka tetap berada di bawah darjat pemerintah yang adil dan pemuda yang bertaqwa.
Hadis tersebut memberi suatu petanda bahawa golongan belia yang membesar dalam ketaatan memiliki suatu keupayaan untuk mengubah keadaan masyarakat ke arah yang baik sebagaimana seorang pemerintah boleh mengubah keadaan rakyatnya ke arah yang baik. Pemuda itu mampu mengubah dengan kekuatan diri dan fizikalnya, manakala pemerintah itu pula mampu mengubah dengan kekuatan pangkat dan kekuasaannya.
Hal yang sebaliknya pula akan memberikan kesan yang berlawanan. Golongan belia yang buruk tingkah lakunya akan membawa kesan yang buruk kepada masyarakat sebagaimana seorang pemerintah yang kejam pada pemerintahannya akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.
Bertitik tolak daripada hal ini, maka perbincangan mengenai permasalahan golongan pemuda dan belia, dengan menilai permasalahan mereka serta memberikan jalan keluar kepada mereka merupakan suatu topik perbincangan yang sangat penting dan perlu dikaji secara tuntas dan jujur.”