“Book Descriptions: Sevgil seorang mahasiswa perubatan Mesir harus menjalani kehidupan pada tahun-tahun pascara revolusi. Sevgil mengalami konflik dalam urusan cintanya dengan Shihab, serta pelbagai konflik politik mahasiswa, ideologi, agama dan kesihatan mental. Dia juga mengalami masalah dalam persahabatan kerana ketidakupayaan memahami emosi manusia.
Kisah ini membawa pembaca untuk cuba memahami peranan cinta dan kasih sayang dalam menghurai kemelut permusuhan yang melanda manusia daripada latar belakang berbeza. Novel ini turut menyentuh aspek yang melanda generasi hari ini seperti LGBT, krisis kepercayaan terhadap Tuhan, dan peranan falsafah ketuhanan dalam mengisi lompong jiwa anak muda.” DRIVE