TUAN CARL AUBREY SUAMI TANPA CINTA
(By Hash Aulia) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Hash Aulia |
Bengang dengan perkahwinan paksa aturan mama, si isteri menjadi mangsa. Setiap saat, setiap masa, setiap detik, Mia Azlia menjadi tempat dia hamburkan segala rasa amarah dan benci.
“Aku tak pernah anggap kau isteri. Jadi, jangan nak berlagak jadi isteri mithali. Kau buat hal kau. Tanpa menyemak depan aku.” - Tuan Carl Aubrey
“Kalau tak suka, untuk apa teruskan? Just divorce me and be free.” - Mia Alysa
“Sepatah kau menjawab, tangan aku tak teragak-agak untuk lempang pipi kau.” - Tuan Carl Aubrey
Maki. Sepak terajang. Penampar. Dah sebati dalam tubuh Mia. Ibarat, sepak terajang makan pagi. Maki hamum makan tengahari dan penampar adalah makan malam. Sehingga di ruang tubuhnya, tiada seinci yang indah. Namun, setitis air mata tak pernah gugur. Kerana bagi dia, tak ada faedah menangis untuk suami tanpa hati.
Diam bukan bererti dia lemah. Bukan jua bererti dia kalah. Diam, kerana dia mencari waktu yang sesuai untuk melepaskan diri daripada insan tak berhati perut. Kerana dia bukan wanita untuk disakiti.
Namun, tatkala kaki ingin melangkah pergi, Tuan Carl Aubrey tak pernah merelakan. Benci, tapi diikat kemas.
“Awak benci saya. Awak tak suka saya. Awak sakiti saya. Jadi, untuk apa terus bersama?” - Mia Alysa
“Terus bersama aku, atau tetap di sisi aku. Dua pilihan yang kau ada.” Tuan Carl Aubrey
Dan apa pun yang dia pilih, jawapannya tetap di sisi Tuan Carl Aubrey. Bertaruh tentang kebahagiaan diri sendiri. Sama ada terus menderita atau ada sinar bahagia menanti dihujung derita.”