“Book Descriptions: Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu rahmat buat sekalian alam. Baginda adalah pemimpin umat akhir zaman dan pengasas kepada sebuah empayar spiritual yang dianuti oleh 1.9 bilion manusia.
Baginda merupakan contoh dan tauladan terbaik untuk diikuti manusia seluruh dunia. Akhlak dan karakter yang dimiliki Baginda merupakan sebaik-baik akhlak sehingga mendapat gelaran Al-Amin (yang dipercayai) dan Al-Mahbub (yang disukai). Konsep kesederhanaan yang diamalkan Baginda dapat kita lihat melalui segenap aspek gaya hidup Baginda.
Seorang yang bijak, cerdas, dan hebat dalam berdiplomasi. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa meletakkan kembali Haarulaswad ke tempat asalnya. iaitu bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dengan izin Allah S.W.T berjaya mengelakkan dari berlakunya persengketaan dan pertumpahan darah antara kabilah Arab.” DRIVE