Bagaimanakah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil?
Sejauh mana kita faham tentang sistem ‘demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan’ yang diamalkan oleh negara kita?
Mengapa ahli politik sukar menunaikan janji?
Persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab jika kita mempunyai asas pengetahuan tentang institusi-institusi, ideologi-ideologi dan prinsip-prinsip dalam politik.
Kalau anda berasa keliru dengan keadaan politik semasa, atau berasa bosan dengan perbahasan politik yang sekadar mengangkat pujaan dan menghina lawan pujaan masing-masing, buku ini akan membantu anda membina perspektif baharu dan segar tentang politik.” DRIVE