Sayang Cik Isteri
(By Cik Amal Amina) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Cik Amal Amina |
"Ni muka saya, bukan peta dunia. Encik tak payah tengok lama-lama pun dah boleh hafal" - Hanis
"Ahmad Han tu nama saya, bakal suami awak. Tolong hafal tu" - Han
Penuh misteri, tapi lelaki ini lah yang menyelamatkan Hanis dari menjadi mangsa dendam Mama sendiri.
"Kenapa kau tak mati je dulu?" - Mama
"Saya akan lindung awak, Hanis. Dari segala-galanya. Termasuk Mama awak" - Han
Kerana satu malam, Hanis diangkat menjadi isteri Han. Mereka bernikah bukan atas dasar cinta. Dan bukan juga dipaksa. Tapi mereka tetap bahagia.
"Kalau sarapan pagi, basuh baju, siram pokok semua abang yang buat, habis Hanis buat apa?" - Hanis
"Hanis beranak je untuk abang" - Han
Selepas menjadi isteri orang pun, kebencian Mama masih tiada penghujung. Hanis sendiri tidak tahu kenapa Mama sangat membencinya. Ayat Mama, tak pernah tak melukakan. Dan Ahmad Han lah yang sentiasa menjadi pengubatnya.
"Tak apa lah kalau orang lain benci Hanis. Abang ada untuk sayang Hanis. Untung tau dapat abang ni. Handsome, pandai jaga isteri, pandai jaga gigi. Semua abang pandai lah. Buat anak je tak pandai lagi. Sebab tak berpeluang untuk praktis lagi" - Han
Doktor gigi yang namanya Ahmad Han ini, kalau satu hari tak menyakat Hanis memang tak sah. Tujuannya hanya mahu melihat Hanis senyum. Tapi, dalam senyum seorang Hanis, tetap juga dia mahu mencari jawapan kenapa dia dibenci Mama sendiri.”