“Book Descriptions: Hati itu ibarat raja yang bersemayam di dalam jiwa manusia. Singgahsananya dipikul oleh bala tentera yang merupakan anggota tubuh manusia. Apabila raja itu baik, damailah kerajaannya dan jikalau ia rosak, maka hancur punahlah kerajaannya. Tuhan menjadikan hati manusia sebagai wadah terbitnya nur iman. Sehinggakan Dia tidak melihat kecantikan wajahmu, namun yang dilihat hanyalah kesucian hatimu. Daripada penulis buku bestseller, “Daielogy” dan “Terlena Di Salah Syurga”, kali ini Serban Putih di dalam “Ketika Hati Berfatwa” mengajak pembaca untuk mendengar hatinya berbicara seribu bahasa.
Tatkala dilanda dilema hidup yang rumit. Hati itu seakan memberi fatwa atau nasihat bagaimana hendak dilanjutkan dari titik persimpangan itu. Kerana hati itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan ia meronta apabila disasar kepada keburukan. Namun, hati seperti manakah yang mampu memberikan fatwa yang sebenar-benarnya? Maka buku inilah yang bakal mengungkap rahsianya.” DRIVE