“Book Descriptions: Usaha gigih dua anak muda dalam menyelesaikan misteri kehilangan sebuah manuskrip purba bertajuk Kitab Al-Hidayat. Di samping mencari jawapan kepada pembunuhan seorang tokoh sastera Melayu, Dr. Mahadi, Irdina seorang pegawai pelatih di Agensi Perisikan Negara, manakala Fahman, jutawan muda, menjadikan Dr. Mahadi sebagai mentornya untuk dia mengenali dunia sastera Melayu dengan lebih mendalam.
Sebelum kematiannya, Dr. Mahadi telah meninggalkan klu-klu penting untuk Fahman dan Irdina menyiasat rahsia di sebalik isi kandungan Kitab Al-Hidayat. Namun usaha Fahman dan Irdina mendapat tentangan daripada Sangkuriang. Sangkuriang, pencuri Kitab Al-Hidayat milik Fahman sebenarnya turut berminat membongkar rahsia pembuatan emas di dalamnya.
Dengan bantuan seorang lagi pakar sastera Melayu, Puan Nisah Haron, Fahman dan Irdina berusaha meleraikan misteri yang menyelubungi mereka. Khabarnya, sesiapa yang berjaya menyelesaikan kesemua teka-teki yang disediakan, dia akan berjaya menemui emas yang tidak terhingga banyaknya. Persoalannya, siapakah yang akan berjaya membongkar misteri ini, Fahman dan Irdina atau Sangkuriang yang ekstrem kerana suka menggunakan bom muntuk mendapat apa yang dikehendaki? Dapatkah Fahman menuntut bela atas kematian Dr. Mahadi dan mencari siapakah sebenarnya pembunuh Dr. Mahadi yang tidak berperikemanusiaan itu?” DRIVE