Relakah Hati Terus Mencintai?
(By Farisha Imani) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Farisha Imani |
“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA
Tersentak dengan takdir cinta yang memilukan ini, Nabiha rela andai dirinya dilepaskan.
“Saya… saya lebih rela awak ceraikan saya…” – NABIHA
Kehidupan baharu dikayuh dengan lebih tabah. Namun ternyata bahagia yang diimpikan selama ini masih belum mahu berpihak kepadanya. Nabiha diuji lagi dengan ujian yang berganda berat. Penglihatannya yang sempurna telah diambil semula oleh Ilahi. Ya. Nabiha seorang gadis buta kini.
Saat dia melangkah dalam kegelapan itu, hatinya telah disuluh oleh cahaya cinta dari seorang jejaka.
“Saya sukakan awak, Biha. Sejak dari kali pertama saya jumpa awak hati ni rasa sesuatu. Biha…relakah hati awak mencintai saya?” – NAZEEM
Dunia gelap Nabiha hampir dihujani warna-warni pelangi cinta daripada Nazeem. Sayangnya… satu kenyataan menyebabkan dunia yang gelap kekal gelita.
Siapakah Nazeem yang tiba-tiba muncul dalam hidup Nabiha itu? Lelaki yang membawa cinta sejati atau seseorang yang hadir hanya untuk membuat luka lama berdarah kembali?”