“Book Descriptions: Diya dan Ikhwan sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya. Direzekikan tiga orang anak-anak yang banyak karenahnya. Si isteri punya cita-cita tinggi dan mahu yang terbaik dalam setiap perkara. Si suami, sejenis we-go-with-the-flow punya manusia. Tiba satu masa, Diya mula rasa bosan dan letih dengan sikap si suami. Ikhwan yang dulu dipuja sejak berumur remaja, bukan lagi lelaki yang dirasakan mampu membahagiakan dirinya. Diya perlukan kekasih baru. Apa hubungan perkahwinan itu akan sentiasa indah sehingga ke akhir hayat? Apa kata-kata manis itu berhukum wajib antara suami-isteri? Apa si suami atau isteri itu perlu ada setiap kali diseru pasangan? Apa definisi keluarga dan rumah tangga bahagia sebenarnya? Mampukah Ikhwan terus bertahan menjadi kekasih Diya hingga ke akhir hayat?” DRIVE