Nur
(By Rose Harissa) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Rose Harissa |
Dilempar terompah oleh ahli masjid tidak pernah memadamkan nyalaan hatinya yang tetap mahu mengenali dan mencintai Allah. Bagai disirami air dingin hatinya tatkala mendengar suara indah yang menyampaikan kuliah pada satu subuh yang mendamaikan itu. .
ADAM, seorang anak kepada seorang penceramah terkenal, ditambah pula gelaran lulusan usuluddin dari Jordan membuatkan beliau dilihat sebagai seorang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi masyarakat. .
Ketampanannya menyerlahkan lagi nilai tambahnya sebagai seorang pendakwah yang dikatakan akan menggantikan tempat ayahnya. Permulaan beliau mengendalikan kuliah subuh di masjid milik ayahnya menemukan beliau dengan ujian yang terbesar dalam hidupnya… .
“Saya dah faham sangat dah, pandangan orang-orang macam ustaz ni terhadap orang-orang macam saya ni. Saya ni tak layak nak sembah Allah... Tak layak nak jejakkan kaki ke masjid... Apatah lagi nak tanya soalan-soalan agama. Kan?” – NUR .
“Nur, berbanding seorang abid yang duduk beribadat, sebenarnya, Allah lebih suka mendengar rintihan hamba-Nya yang berdosa. Sebab tu, kadang-kadang Allah datangkan ujian silih berganti kepada hamba-Nya yang terpilih supaya si hamba merintih kepada-Nya.” - ADAM .
“Dia istimewa…” .
Gumaman yang terkeluar dari mulut Adam itu mula menggoyahkan hati. Memilih Nur ibarat mempertaruhkan syurga dan nerakanya kerana Qhadeeja ialah pilihan utama keluarga Adam. Qhadeeja, gadis suci yang lahir dari keturunan yang baik-baik, yang dapat membantu melebarkan sayap dakwah Darul Mukhsin. .
Sementara Nur sendiri tahu, dia lahir dari rahim seorang wanita yang dianggap daki masyarakat. Dia rela jika Adam pergi dan melupakannya, namun bagaimana untuk dia terus menghampiri cinta Tuhan kerana hanya pria itu satu-satunya agamawan yang sudi menghulurkan salam dakwah? .
Mampukah Adam menolak Qhadeeja yang natijahnya menggoyahkan dakwah di Darul Mukhsin?
Atau menjauhi Nur; seorang perempuan yang sedang terkapai-kapai kelemasan dalam mengerti hidayah Tuhan namun terlalu mampu buat Adam mengerti apa itu cinta? .
Adakah Islam hanya eksklusif untuk orang-orang alim?
Adakah sinar harapan untuk mereka hidup bersama?
Adakah Islam tidak layak untuk pendosa seperti Nur?”