Beast & the Beauty
(By Rehan Makhtar) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Rehan Makhtar |
"Nak jawapan jujur ke tipu?" - JULIANA SUFIA
"Jawapan yang awak rasa senang nak bagitahu." - BENJAMIN
"Jujurnya, dia orang tak suka saya..." - JULIANA SUFIA
"Tak apalah. Janji saya suka awak, rasanya itu dah cukup kot..." - BENJAMIN
Benjamin buat dia berani berlari mengikut kemahuan hati demi cinta lelaki itu padanya. Sufi tersenyum bahagia sedangkan Benjamin sedang sarat mengusung duka angkara dosa yang tak pernah lelah menjejaki. Kerana ujian itu muncul pada saat dia berjanji untuk buat Sufi bahagia, Benjamin benar-benar perlu memilih dan yang menjadi pilihan adalah sesuatu yang buatkan hati sendiri lebur.
"Perasaan saya pada awak, adalah satu kesilapan..." - BENJAMIN
Di mana silapnya? Itu yang menjadi persoalan. Sakit sekarang, lebih perit daripada sakit yang dulu biarpun tiada darah yang mengalir. Sufi nekad untuk tinggalkan segalanya di belakang tapi mana mampu dia pergi bila dia tahu sebabnya Benjamin menjauh.
Yang lalu, biar saja berlalu. Itu yang mereka paterikan bersama. Namun sayang... yang diharapkan sukar menjadi kenyataan. Benjamin sekali lagi menyelamatkan nyawanya. Kini, nafas Benjamin di hujung helaan.
"Maaf, Sufi... terpaksa tinggalkan awak lagi sekali. Maafkan saya sebab pernah muncul sebagai seekor binatang ganas dalam hidup awak..." - BENJAMIN
Sufi sekali lagi perlu menelan hakikat yang tak ubah seperti bara api.
"Awak okey?" - JULIANA SUFIA
"Ada Sufi di sisi, tak okey pun jadi okey..." - BENJAMIN
Benjamin kembali? Tak. Itu hanya mimpinya. Bila dia buka mata, tiada Benjamin di sisi. Lelaki itu pergi bersama janji yang masih gagah dia usung untuk selamanya.”