Surat Untuk Abang
(By AK Raffhan) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | AK Raffhan |
Bangkit itu mudah, bertahan itu yang payah.
"Aku bukan perempuan baik-baik. Siapa je yang ikhlas nak terima perempuan kotor macam aku ni?" Kata Maryam.
"Percaya cakap aku, satu hari nanti mesti kau akan jumpa lelaki baik. Yang boleh terima kau, Akeef dan masa silam kau seadanya. Percayalah cakap aku. Allah tu Maha Adil." Ini kata Linda, BFF Maryam.
Maryam bukan tak mahu percaya tapi banyak yang dia jumpa yang bermuka plastik. Pura-pura terima padahal ada udang di sebalik batu.
Maryam sangka hidupnya akan bahagia selamanya bersama Akeef. Siapa sangka mentari yang diharapkan sampai ke petang, ribut dan bah berkunjung di tengah hari? Dia tersepit antara masa lalu dan masa depan yang membelenggu jiwa wanitanya. Antara keinginan dan ketakutan, dia terpaksa memilih antara dua. Kedua-duanya bakal menghukum diri. Lantas apa yang harus dia lakukan?
Dan Akeef. Dia hanya mahukan susuk seorang ayah. Seperti orang lain, dia juga teringin memanggil ayah. Leman bukan ayahnya walau bibirnya menyebut ayah. Lalu hadir Hadi dan Ebrahim. Siapa antara mereka, yang jadi pilihan Akeef?”