LUQ
(By Dilla Ahmad) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Dilla Ahmad |
Luqman Hakim. Dia sakit kepala memikirkan apa nak dibuat dengan beban yang baru dia terima ini. Apatah lagi gadis itu hanya tahu pandang dia sahaja.
“Kau ingat aku faham dengan bahasa tangan kau tu? Bahasa tubuh kau tu aku fahamlah!” – Luqman
Irdina. Walau tak punya suara, tapi dia bukan gadis biasa. Pantang tubuhnya dicuit. Kerana satu niat, dia berani untuk berhadapan dengan Luqman Hakim. Namun, dia silap percaturan. Luqman Hakim bukan mudah seperti yang dia fikirkan.
“Kalau kau jadi mistress aku, kau kena layan aku tiap-tiap malam sampai aku bosan dengan kau” -Luqman
Tidak! Untuk hambakan diri itu bukan dia. Biarpun terpaksa hilang nyawa, maruah diri akan tetap dia jaga. Jadi, dia pula yang akan lamar Luqman untuk jadi suami dia.
Luqman garu kepala. Kahwin dengan gadis bisu? Gelap dunia dia!
“Kau ingat, aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang bisu ni?”-Luqman
Itu kata Luqman Hakim.
Tapi siapa tahu kerana gerak-geri Irdina, Luqman mula rasa lain macam. Kerana tak faham apa yang gadis itu katakan, Luqman masih setia ingin mendengar. Dan kerana sikap Irdina yang bukan seperti gadis sempurna yang lain, hati Luqman bagai ditumbuhi bunga segar. Luqman jatuh cinta!
Irdina pula, untuk jatuh cinta pada orang kanan Tengku Badri yang panas baran dan hati kering ini adalah di luar kemahuannya. Dia tidak menjangkakan yang Luqman sangat serius untuk berkahwin dengannya. Dia sedar dia serba kekurangan. Malah dia akan buatkan Luqman menyesal kerana memilih dia.
Bila kenyataan yang mengambil alih angan-angan, Luqman parah! Hatinya luka! Kerana seorang Irdina…
Dia bukan lelaki yang sempurna dan tak akan menjadi lelaki yang sempurna pada pandangan orang lain. Tetapi lelaki jahat itulah yang asyik bermain di fikiran dan matanya. Luq! Walaupun cinta itu bukan milik kita, namun percayalah, aku cinta kamu!”