Waris Dukun Hitam
(By Syikin Zainal) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Syikin Zainal |
Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda bernama YUSOFF. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang kerana Yusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.
"YaEmbun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal," - EMBUN
"Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia," - YUSOFF
Sementara itu, TOK NYANG sentiasa menjaga keturunannya daripada menjadi hamba syaitan. Tok Nyang dan keturunannya sentiasa menjadi buruan waris dukun hitam. Cintanya pada Embun menyebabkan dia berkelana bersama keluarga untuk mengelak daripada diburu oleh waris dukun hitam. Mak dukun sudah semakin terdesak. Dia sudah terlalu lama menjadi hamba kepada janji yang dimeterai. Menginjak ke usia tua, dia perlu mencari pengganti! Antara Fatin, Aida dan Adzim yang mempunyai pertalian darah. Mereka bertiga adalah waris dukun hitam! Siapakah yang menjadi mangsa perjanjian syaitan ini? Dapatkah pengganti dicari? Nikmatilah cerita WARIS DUKUN HITAM ini sehingga perkataan tamat untuk menemui jawapan yang dicari.”