“Book Descriptions: Shannie dan pasukan carigali Profesor Idris rasa teruja kerana menemui satu lagi artifak bersejarah berupa mohor jongkong emas dengan ukiran mahkota ular berkepala lima yang boleh digunakan oleh mereka untuk membantu kajian tentang ketamadunan Kerajaan Kedah Purba.
“Nah, Shan pakailah rantai ni. Ni, sebenarnya rantai nenek papa. Dia suruh wariskan pada anak perempuan sulung papa.”
Jasadnya dirasakan terawang-awangan hinggakan dirinya dibawa ke alam siluman ular yang penuh dengan kuasa sakti dan kejahatan. Ada cahaya yang mengelilingi tubuhnya seperti serdak-serdak hablur emas yang berterbangan di udara.
“Tolong lepaskan saya. Saya nak balik!” “Anakanda mahu pulang ke mana lagi? Anakanda kan sudah berangkat pulang ke sini. Bonda gembira anakanda selamat. Termakbul doa bonda supaya Saktimuna lepaskan anakanda.”
Rupanya, gondola kereta kabel yang dinaiki Shannie mengalami kecelakaan hingga menjerumuskannya ke lohong masa zaman purba. Zaman sebelum ketibaan Islam ke Kalaha Nagara.
Raja dan penduduknya mengamalkan kepercayaan khurafat dan percaya kepada kuasa mistik. Sebelum seseorang raja menaiki takhta, baginda mesti mengorbankan seorang puteri sunti kepada seekor ular Saktimuna yang tersangatlah besar sebagai jaminan kekuasaannya.
“Aku datang menuntut tumbal. Masanya sudah hampir tiba. Persiapkan segera.”” DRIVE