“Book Descriptions: Lapan tahun dulu mereka sama muda... Sama-sama melarikan diri daripada masalah hidup. Adelia lari dari rumah setelah ibunya meninggal dunia dan ayah tirinya mahu menebus dia sebagai bayaran hutang dengan along. Rizman lari dari kampus kerana mahu lepas daripada kongkonga ayahnya yang mahu dia menjadi seorang doktor. Di rumah sewa ala-ala 'Lodging Mak Minah', mereka bertemu; di bengkel basuh kereta, mereka sama-sama bekerja; dan di bawah bahang matahari Kuala Lumpur perasaan mereka membara.
TAPI, Takdir telah menulis along itu dapat mencari Adelia, ayah Rizman berjaya mencari Rizman, lalu mereka terpaksa berpisah tanpa sebarang pesan, tanpa sepatah kata. Hilang tanpa alamat. Yang tertinggal hanyalah luka.
Lapan tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Adelia sebagai mangsa kemalangan. Rizman sebagai doktor yang merawatnya. Tapi, dapatkah mereka sama-sama menjahit luka perpisahan dulu?” DRIVE