“Book Descriptions: Suka sama suka, cinta sama cinta. Kedua-dua belah keluarga saling merestui. Namun, gara-gara permintaan bakal ibu mertua, ikatan pertunangan yang diharap berakhir dengan pernikahan, tak juga menjadi.
“Macam mana nak kahwin kalau duit hantaran yang mak nak tu tak cukup-cukup!” - Khairina.
Emak mahukan lima belas ribu sebagai duit hantaran. Bukan niat emak hendak menyusahkan bakal menantu, tapi Khairina itu seorang sahajalah anaknya. Mestilah dia mahukan yang terbaik! Sudah tak larat nak panjangkan tempoh pertunangan, hanya ada satu cara sahaja yang mereka berdua nampak. Satu keputusan terpaksa diambil demi menghalalkan hubungan yang ada.
“Kita ni kahwin lari tau!” - Muzaffar.
Macam tak sangka, perkara yang selama ini hanya dibaca di dada akhbar dan laman sosial, berlaku pada diri sendiri. Pernikahan mereka menjadi rahsia, namun rahsia itu sukar dibendung apabila masalah demi masalah datang menerjah. Dan masalah paling besar yang muncul buat jantung Muzaffar bagai hendak gugur.
"Mak nak Rin terima dia. Bukan setakat lima belas ribu dia boleh bagi, tapi dua puluh ribu pun dia sanggup tau tak? Mak bukan nak duit tu untuk mak, tapi untuk Rin. Mak nak hidup Rin senang!" - Puan Normah.
Apa yang harus dilakukan? Perlukah Muzaffar berterus terang dengan mentuanya? Atau dia perlu teruskan berahsia?
"Lagi lama kita rahsiakan perkara ini, macam-macam boleh jadi. Silap-silap Rin kahwin pula dengan lelaki tu!" - Khairina.
Muzaffar buntu mahu membuat keputusan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.” DRIVE