“Book Descriptions: Fikir Maya, nyawanya bakal terselamat jika dia bersembunyi di estet itu. Siapa sangka? Tindakannya itu berakhir dengan dia diacu senapang patah oleh seorang peladang yang mendakwa dirinya anak kepada pemilik tanah persendirian tersebut.
"Woa, woa woa... Easy... easy tiger... saya bukan masuk ke sini dengan niat tak elok." - MAYA.
Faez bukanlah seorang yang mudah mempercayai kata-kata orang. Tambahan pula kata-kata seorang penceroboh seperti Maya yang menyatakan bahawa dirinya dikejar oleh sekumpulan penjenayah kelas atasa macam dalam filem James Bond. Mengarut!
"Oh... aku dah tahu kenapa mereka kejar kau. Mereka nak hantar kau ke hospital sakit jiwa kan?" - FAEZ.
”Where's your humanity, son? Macam mana kalau dia kena tangkap ke apa ke dengan orang tu?" - UNCLE MURAD.
"Let her be. That's none of my business. Saya tak boleh terimalah yang semua orang percayakan cerita karut dia tu." - FAEZ.
Atas dasar belas kasihan, Faez akhirnya bersetuju untuk membenarkan Maya tinggal di situ. Semakin lama, Maya semakin jatuh hati dengan estet itu.
Faez bengang. Mula-mula Maya ceroboh tanah bapa dia. Lepas tu gadis itu dah pandai ceroboh hatinya pula. Dia merasa hatinya yang telah mati bersama arwah isterinya dulu hidup semula. Kemunculan Anas yang mengaku bahawa dia bakal tunangan Maya merenggut segalanya. Faez terpaksa memendam rasa.” DRIVE