“Book Descriptions: "Banyak duit, naik kapal terbang. Student lain naik bas aje," komen Mak Cik P yang aku bau sinis dan hamis.
"Eh, bukan, P. Dia naik kapal terbang sebab dia nak pi jauh. Si L ni dapat scholarship nak pergi Ostrolia," cerita mak sambil tersengih lebar.
Aku rasa macam nak tampar dahi. Entah kenapa mak aku sebut Australia jadi Ostrolia. Aku macam dah pasrah. Sebelum ini, dah berbuih mulut aku betulkan sebutan mak. Bukan setakat Australia, nama kereta pun mak aku suka tukar. Proton Savvy, dia panggil Proton Sawi. Kereta Charade, mak panggil cerek.
Aku L. Dan ini kisah aku melanjutkan pelajaran ke Australia. Kenal dunia, kenal realiti, dan kenal...” DRIVE