“Book Descriptions: Qiesya Qistina, gadis berusia dua puluh tahun yang tidak pernah serius dalam hidupnya dipaksa untuk menyambung pengajian di sebuah universiti atas pilihan orang tuanya sendiri. Di situ, dia mula tertarik dengan seorang pensyarah muda yang bijak dan berkarisma...Sir Hazran.
Namun, perangai Qiesya yang selalu bermain di dalam kelas sering kali mengundang kemarahan Sir Hazran dan Miss Alia. Qiesya mula tidak senang hati apabila mendapat tahu Miss Alia turut menaruh hati terhadap lelaki pujaan hatinya tu. Dan dia semakin resah apabila Sir Hazran meletakkan jawatan untuk mengambil alih syarikat ayahnya. Namun, kerana egonya yang tinggi melangit, Qiesya berpura-pura seolah-olah semua itu tidak terkesan di hatinya.
Dapatkah seorang gadis yang sentiasa bertuankan egonya kecapi bahagia? Bagaimana reaksi Qiesya apabila mengetahui siapa Sir Hazran yang sebenarnya? Sanggupkah Qiesya merendahkan egonya semata-mata kerana seorang lelaki?
Antara cinta di hati dan ego yang menguasai diri, yang mana dia turutkan?
“Bila ego itu kau pegang terlalu kuat… sampai satu saat kau akan lemas!”” DRIVE