Dia... Bangladesh Mari?
(By Liz Haliza) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Liz Haliza |
Tiba-tiba aku terjumpa seseorang yang ada iras-irasnya di kedai cuci kereta. Aku beritahu sahabat baikku Mazuin, apa yang aku rasa dan Mazuin apa lagi, mengutukku kaw-kaw punya. Hmmm, akan aku buktikan kepada Mazuin bahawasanya naluriku tidak salah.
“Awak pernah pengsan tak setahun lepas? Pernah jadi gelandangan? Kurus kering tinggal tulang? Wajah awak ni ada iras-iras seorang lelaki yang saya tolong dulu.”
Dan nak tahu apa jawapannya...
“Saya Ismail. Saya bukan orang yang kakak cari sebab saya Bangladesh mari juga.”
Dia Bangladesh Mari? Oh, nahi nahi! Pengsan, aku rasa mahu pengsan. Berhari-hari aku memikirkan tentang ini. Hatiku tetap mengatakan dia bukan seperti yang dikata. Apakah yang perlu aku lakukan? Ya, aku perlu membuktikan kebenarannya. ~ Nur Ailis
Bangkit daripada kekecewaan rupa-rupanya satu kejayaan manis yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Umpama mati hidup semula. Aku mula menghargai setiap saat yang ada. Betapa bersyukurnya diberi peluang kedua.
Dalam seronok menikmati kehidupan baru, ada pula gadis yang datang mengganggu. Spesies apa perempuan ni pun aku tak berapa nak tahu. Sudah dikhabarkan siapa aku sebenarnya tetapi boleh pula dia datang lagi dengan pelbagai helah untuk membuktikan aku bukan Bangladesh mari sehingga aku tenggelam punca.
Tetapi apabila dia tidak lagi mengganggu, aku jadi rindu. Huh... Ini yang aku tidak suka! Rindu itu semakin menghimpit jiwa sehingga aku jadi nanar. Adakah aku sudah dilamun cinta? Ya, itulah hakikatnya. ~Ismail”