“Book Descriptions: "Sabar, ya.” Ucapan yang mudah dilafaz tetapi sulit untuk dilakukan. Andai mampu dihitung pasti tidak ramai yang berjaya mendidik sabar di hati. Tambahan pula jika diuji dengan kesukaran yang pahit untuk ditelan. Bibir pula tidak henti menyebut sabar tetapi hati enggan menerima. Inilah hakikat.
Benar, sabar itu payah, sabar itu melelahkan dan sabar itu duri dalam denai kehidupan. Walaupun ia diwarnai dengan keluh kesah dan pengharapan yang belum pasti, tetapi teruskanlah bersabar kerana kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat daripada ALLAH SWT.
Sabarlah Wahai Hati merupakan naskhah istimewa yang membantu kita untuk mendidik sabar dalam mengharungi rona kehidupan. Yakinlah, selagi kita mengharapkan ALLAH pasti tiada perkataan ‘kecewa' kerana sesungguhnya sabar itu indah. “Ya ALLAH… jadikan kami golongan hamba-MU yang sabar…”” DRIVE