“Book Descriptions: Dengan membaca kita berbicara dengan generasi lalu, dengan menulis kita berbicara dengan generasi akan datang. Untuk sesuatu ilmu, idea, atau pengetahuan itu diketengahkan kepada masyarakat ia memerlukan dua komponen, yang pertama, penulis perlu membaca tulisan-tulisan sebelumnya agar dia boleh membentuk satu idea. Kedua, dia mestilah menulis supaya ideanya tadi sampai kepada masyarakat. Jadi, inilah dua sayap kepada ilmu, membaca dan menulis. Buku ini merupakan kumpulan esei berkenaan dengan dua sayap ini. Sayap pertama adalah membaca, yang merupakan metodologi zaman berzaman untuk menimba ilmu. Kedua, untuk ilmu itu mengalir dalam sungai zaman, ia memerlukan sayap kedua, iaitu penulisan. Di akhir esei-esei berkenaan dengan dua sayap besar ini dikongsikan beberapa bacaan pilihan yang dikira relevan dan bermanfaat untuk dikongsikan. Buku ini lahir dari pengalaman-pengalaman peribadi, melalui pembacaan, juga melalui satu proses yang dipanggil “kehidupan”. Ia ditulis untuk menyuntik semangat membaca dikalangan rakyat Malaysia juga bagi memberi motivasi dan semangat kepada penulis baharu, penulis yang masih belum yakin untuk menerbitkan karya mereka, agar mereka segera turun ke medan dengan mata pena mereka untuk menintakan ilmu kepada bangsa.” DRIVE