Cinta Paling Agung
(By Umie Nadzimah) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Umie Nadzimah |
Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu…
Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan.
“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA
“Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI
Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya?
“Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza.
“Whatever…” balas Khairi selamba.
Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...”