“Book Descriptions: Izureen melarikan diri kerana kecewa sahabat karib yang dicintai dalam diam akan bertunang dengan bakal adik ipar kakaknya. Dia bertemu pula dengan Naim Zakaria yang pulang ke kampung dan memulakan perniagaan homestay dan chalet untuk merawat hati yang dicalarkan oleh bekas tunangnya. Persahabatan yang bermula dengan baik bertukar keruh kerana tuduhan melulu Naim. Sudahnya Naim digelar MR ANNOYING.
“Yes! You are irritating, annoying dan saya rimas dan menyampah sangat-sangat dengan awak!” - Izuren
“But I found you interesting.” - Naim
Tapi siapa mampu menebak takdir? MR ANNOYING yang tanpa sedar sudah terpaut hatinya pada Izureen ditakdirkan menjadi suami kepada Izureen. Demi cinta yang ada, Naim berusaha meraih cinta si isteri. Tatkala cintanya dibalas muncul Muaz menagih semula cinta Izureen. Mampukah cinta Izureen dan Naim bertahan?
Saat kau lafazkan cinta, aku melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allahu Rabbul Izzati. - Naim
Saat kau lafazkan tuduhanmu, kau telah meletakkan aku di tempat yang paling hina. Tempat bagi isteri yang curang adalah neraka. Itukah yang kau mahukan? Neraka untuk aku? - Izureen” DRIVE