Malam Berbau Lilin
(By Baha Zain) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Baha Zain |
bagai bulan malam kedua,
tidak lurus, tidak sangat melengkung,
menghiasi matamu yang coklat, cerah dan peramah,
aku hanya mengucapkan, selamat malam,
dan engkau pulang keseorangan.
Malam datang menggoda dengan pelbagai bau dan wajah. kenangan, renungan, rindu, harapan: semuanya menjelma berbalam-balam pada detik sunyi ini.
Disinari samar cahaya lilin, Baha Zain menuliskan segala fikir rasa yang muncul dalam dua sisi yang bertentangan: protes-romantis, garang-penyayang, benar-palsu, dan juga hitam-putih. Ada waktunya dia jadi keras dan berontak. Pada ketika lain, dia jadi lelaki dan pencinta yang begitu perasa.
Melalui puisinya, kita menelusuri malam pekat ini dengan kesedaran: bahawa siang pasti datang, dan kita akan dewasa.”