Lelaki Tanpa Hati
(By Aleya Aneesa) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Aleya Aneesa |
Difitnah dengan keji, kemudian dihalau keluar sehelai sepinggang, dia nanar. Perit bila sang anak dirampas kejam. Lalu di jalanan dia bertemu Nadim, yang dia kenal tapi asing. Saat lelaki itu menghulur tangan, dalam teragak dia sambut. Namun sekali lagi dugaan datang menimpa. Budi yang Nadim tabur bukan percuma.
“Habis tu perkahwinan itu untuk apa? Untuk pastikan saya dapat Haura semula?” – TASNIM
“Aku tak sebaik itu Tasnim! Watak baik macam tu tak sesuai aku bawa. Tapi aku akan dapatkan Haura untuk kau dan sebagai balasan, serahkan semua harta dan saham syarikat yang Adib tinggalkan untuk kau dan Haura pada aku.” – NADIM
“Tapi perlu ke kita sampai kahwin? Tak boleh ke kalau awak dapatkan Haura untuk saya dan saya akan serahkan semua harta dan saham Adib pada awak?” – TASNIM
“Perlu! Sebab aku nak keluarga Adib naik gila bila wife Adib jadi wife aku.” – NADIM
Kerana harta dunia bukan kegilaan Tasnim, dia lepaskan. Yang penting baginya, Haura. Malangnya, jadi isteri pada lelaki yang sarat dendam, tak mudah. Apalagi bila luka Nadim bukan baru ditoreh semalam.
Lantas kerana dendam itu, janji Nadim hanya tinggal janji. Sedangkan Tasnim tetaplah terkurung sendiri. Jangankan Haura, bayang-bayang pun tak pernah muncul. Lelah menunggu, letih berharap, dia pinta talak. Tak sudi terus memegang status isteri buat lelaki tak berhati. Yakin, Haura tak mungkin lagi dimiliki. Nadim hanya mengula-gulakannya.
Tercabar bersalut sakit hati, Nadim benar-benar mungkir janji. Talak yang dipinta, tak diendah. Siapa Tasnim mahu mendesaknya? Baginya, dia yang mengatur perkahwinan tanpa cinta mereka, dialah yang harus jadi pemutus. Menyimpan atau membuang Tasnim jauh-jauh, bukan Tasnim penentunya.
Tapi soalnya, benar-benarkah Nadim Idraki itu lelaki yang dicipta tanpa hati? Kalau benar... kenapa dalam dendam tak berkesudahan, hatinya sakit melihat Tasnim disakiti? Jiwanya memberontak melihat Tasnim dilukai? Perasaannya tercabar melihat Tasnim mengheret rindu? Marahnya mencanak melihat Tasnim diintai lelaki lain?
Dan untuk semua rasa itu, Nadim gagal membuat pilihan. Tak pasti, antara dendam bertahun dengan Tasnim yang berstatus isteri, mana yang harus dia pegang? Hanya yang dia tahu, dendam yang ingin dinoktah kini bertukar jadi beban yang tak mampu dibuang jauh. Dia buntu!”