Pada-Mu Ku Bersujud
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Namun pendekatan kepada reda Allah itu dengan cara berbeza.
Fattah hilang pedoman dalam hidup apabila ayah tercinta pergi menghadap Ilahi. Lalu dia meninggalkan segala yang disayanginya untuk menjadi kufur. Sehingga dia mengabaikan Zarith Sufya, tunangnya sendiri.
Pergi jauh mencari sebuah jawapan. Zarith menjejaki tunangnya Fattah di kota London setelah diabaikan bertahun-tahun oleh Fattah. Sayangnya, lelaki tercintanya sudah berubah. Bukan lagi lelaki yang dulu.
Hidayah Allah itu sampai dengan pelbagai cara.
Fattah diuji dengan mimpi aneh dan pengalaman ketika ditidurkan setelah terkena Covid 19. Ketakutan dan keinsafan membawa dia pulang ke pangkuan ibu.
Namun Allah mengangkat darjat manusia bukanlah dengan memberi bahagia dengan lebih banyak. Sebaliknya lebih banyak kesakitan.
Bertangga ujian Fattah. cuba meraih maaf dari bekas tunangnya yang masih single. mereka berdua diuji dengan kehilangan demi kehilangan.
Namun Fattah sudah belajar sesuatu. Biar sebesar apa pun ujian, jangan sesekali melepaskan tali Allah. Tetaplah berpegang kepada ikatan itu.
Bersama Zarith, Fattah belajar untuk tersenyum di celahan ujian-ujian hidup mereka.
Pada-Mu Ku Bersujud... kisah tentang mereka berdua. Sama-sama diuji Allah namun cara menangani kesakitan mereka itu berbeza.”