Apartment
(By Siti Rozilah) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Siti Rozilah |
Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap skizofrenia. Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati Akashah kerana beristerikan wanita itu. Kehadiran Aiman menambahkan kebahagian mereka. Mendiami apartmen sendiri, menjadikan hidup semakin indah.
“Biasalah kalau tinggal kat apartmen macam ni. Waktu siang, semua
penghuninya keluar bekerja. Waktu malam pula mereka berkurung dalam rumah,
berehat.” – AKASHAH
Dalam diam, penyakit Maya semakin memamah dirinya. Maya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk kekal waras. Emosinya mudah terganggu, sensitif serta mempunyai sifat cemburu melampau.
“Kesian kau, Maya. Kau terperap sepanjang hari kat rumah ini sedangkan suami kau bebas di luar sana!” – MAYA
Akashah pula sering digasak mimpi dan bayangan yang isteri serta anaknya terjun dari tingkat atas apartmen blok sebelah. Mimpi sama yang berulang-ulang itu mengganggu perasaannya.
Kemunculan gadis bernama Miera yang mempunyai mata tak berhijab, menjentik hati Akashah.
“Perlukah aku beritahu dia tentang syaitan yang sedang memperkudakannya itu? Kalau aku beritahu, agak-agaknya dia percaya tak?” – MIERA.
Apartmen itu bernyawa. Ia seperti mencabar kewarasan Akashah.
Perlukah dia keluar dari situ sedangkan kediaman itu yang didambakan Maya?
Siapa pula Hasnita dan Miera yang muncul tiba-tiba?
“Dah lama saya menjadi penunggu bangunan ini.” – HASNITA
Akan terjawabkah mimpi yang sering mengusik lenanya?
Di alam sedar dia mencipta kenangan, namun hakikatnya dia terbunuh bersama semangat yang bernyawa.”