Rambung
(By Afieyza Isahak) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Afieyza Isahak |
Pokok Rambung yang terletak tidak jauh dari rumah sewa itu menjadi perantara antara kisah dulu dan kini. Orang kampung kata, pokok itu berpuaka, pokok itu makan orang tapi itulah tempat di mana sepasang kekasih bertemu meluahkan rasa cinta. Pokok rambung menjadi saksi segala peristiwa.
Qallesha seringkali ditinggalkan di rumah itu bersama anak kecil mereka, Yuyu. Kemunculan Jambak pula seringkali tepat pada waktu keluarga kecil itu memerlukan bantuan. Kebaikan itulah membuatkan pasangan itu semakin selesa untuk terus tinggal di situ meskipun perkara aneh dan menyeramkan kian berterusan mengganggu mereka.
Bunyi kereta api dari hutan berdekatan yang seringkali mengiringi lewat malam mereka pada awalnya kelihatan biasa namun semakin lama ia mula menimbulkan tanda tanya. Dan suara-suara yang tiba-tiba menjengah juga mengelirukan mereka yang mendengar. Bagaikan ada sesuatu yang belum selesai.
“Lupa pak cik nak beritahu, rumah ni pak cik dah azankan semalam. Jadi kamu tak payahlah azan lagi. Pak cik bukannya apa, nak memudahkan urusan kamu. Bimbang kamu terlupa, macam-macam pula akan terjadi nanti.” – JAMBAK
“Datang kau tidak berjemput, persilakan kalau benar mahu menjadi tamu aku!- RAIHAN
“Tadi dekat kenduri, ibu kamu melatah teruk sampai lupa diri. Si Alip, sengaja mengusik ketika persembahan silat berlangsung. Lagi dilarang, lagi giat dia mengusik!” – JOHA
“Kau syaitankan aku ya, sedangkan kau yang lebih syaitan daripada aku! Yalah, lupa pula. Kalau mak syaitan, pasti anak pun syaitan!” - ZUAN”