Ifrit
(By Ilya Abdullah) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Ilya Abdullah |
"Yang jahat itu ada yang jelas di depan mata dan ada yang tersembunyi di sebalik topeng."-Father Joseph.
"Salah satu sifat manusia, iaitu tidak mengenang budi. Kau lupa dengan siapa kau merayu dan bersujud memohon pertolongan."-Ifrit
"Manusia lebih keji daripada aku. Sifat tamak haloba, nafsu kemahuan sukar dikekang. Saling berbunuhan. Saling mengkhianati. Layakkah manusia sebegini tarafnya lebih mulia?"-Ifrit
Firman ALLAH SWT: "Dan telah kami ciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas." (Surah Al-A'rafayat ke-12)
Tahun 1995, Bakhtiar seorang detektif yang mengendalikan kes pembunuhan kejam di mana suspek utamanya adalah ahli keluarga sendiri. Dia yang awalnya ragu-ragu dengan keanehan tingkah-laku suspek akhirnya tidak mampu menolak penglibatan makhluk itu dalam kes siasatannya. Namun kes tersebut tergantung tanpa noktah setelah kehilangan Detektif Bakhtiar yang menjadi tanda misteri.
Setelah 27 tahun, Detektif Eshan pula mengambil alih kes pembunuhan itu. Suspek seolah-olah hilang kawalan fikiran dan melakukan pembunuhan tanpa sedar. Tubuh suspek bercacah dengan tatu abjad aneh bermaksud 'PENDOSA'. Dibantu Detektif Leyla, Detektif Eshan cuba merungkai misteri kematian ahli keluarga Datuk Hafsham dan orang-orang berhubungkait dengannya. Cara kematian mangsa-mangsa yang tragis dibakar rentung. Malah suspek yang membunuh mangsa juga akan dihapuskan.
Bilamana manusia sanggup memperhambakan diri kepada jin hingga sanggup menghapuskan manusia lain. Mereka tewas dengan permainan dan pujukan Ifrit. Jin yang memanupulasi akal dan fikiran manusia. Sudahnya, saling berbunuhan sesama sendiri. Yang kalah menjadi abu. Ifrit bersorak melihat kebodohan manusia.”