Jodoh - satu perkataan mengujakan lagi meresahkan bagi warga single. Rahsia Allah SWT nan satu ini selalu buatkan kita tertanya-tanya... siapa jodohku? Bila akan bertemu si dia dan adakah aku akan bahagia bersamanya?
Dalam situasi kini yang semakin mendesak dari segala segi, sesetengah orang melihat perkahwinan seperti sesuatu yang membebankan. Ditambah lagi insecurity atau pengalaman pahit, adakah masih ada jalan menjejak cinta hati?
Terimalah 30 bingkisan dengan pelbagai topik yang dekat di hati warga single dan berpunya. Dengan niat mencari reda Allah SWT, mulakanlah langkahmu!
#WeGotThis
"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati kebesaran Allah." (Az-Zariyat: 19)” DRIVE