“Book Descriptions: “Kembara Menjejak Imam Birgivī adalah wasilah yang menyediakan sebuah pengembaraan mencari pengertian tentang seorang tokoh yang telah mati tetapi kematiannya tidak mematikan dirinya.” – Ustaz Hasrizal
Pernah bukan, kita rasa gagal dalam hidup kita?
Kali ini, selepas Jordan, Turki, Ireland, dan kini kembali ke Turki pula untuk travelog tarbiah seterusnya, iaitu menjejak Imam Birgivī.
Di sebalik perjalanan ilmu Ustaz Hasrizal kali ini, ada sedih, ada kekalahan, ada cabaran dan ujian yang melintang di setiap langkahan, dan di setiap itulah ada gugus-gusus tarbiah yang cuba disampaikan.
Kita semua akan mati, tetapi apakah kematian kita ini menghidupkan?
Telusuri perjalanan penuh ilmu dan kejujuran ini, dan teguklah tarbiah yang tertempias di sebaliknya.” DRIVE