Persoalan Mustahak: Ruang, Seni, Budaya, Bahasa dan Agama Sebagai Pertunjukan
(By Benz Ali) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Benz Ali |
Persoalan ruang juga mengganasi kaum imigran apabila mereka diseksa untuk tinggal berhimpit-himpit dalam rumah beramai-ramai demi mencari nafkah di Malaysia. Sementara orang kaya memiliki begitu banyak ‘ruang’ (baca: termasuk wang dan peluang), yang harganya berjuta-juta, orang miskin hanya mampu memerhati—dengan penuh dendam dan amarah—lebih sadis sekaligus naif, jika memerhati dengan penuh syukur. Justeru, tajuk atau tema ruang menjadi satu yang utama dalam kumpulan tulisan ini. Jika kita berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, kita akan mendapati banyak ruang yang tidak digunakan dan dimanfaatkan dengan benar. Banyak bangunan kosong disia-siakan. Golongan tidak berumah memerhatikan dengan penuh kebencian kerana ruang itu ada, tetapi mereka tidak diberikan peluang untuk hidup di situ, sebaliknya hanya dibenarkan hidup terlantar di jalanan.
Persoalan seni, budaya, bahasa dan agama sebenarnya saling kait-mengait antara satu sama lain, membentuk satu jahitan yang penuh tampalan-tampalan hodoh di Malaysia. Kita berdepan dengan masalah yang sukar, iaitu siapa atau apa, kita mahu tuding salah siapakah ini. Ini adalah persoalan-persoalan yang mustahak dari begitu banyak lagi persoalan-persoalan mustahak yang lain, yang tidak terungkapkan dalam kumpulan tulisan ini. Kumpulan tulisan ini lebih banyak menjurus kepad2 persoalan-persoalan mustahak yang jarang diberi perhatian yang wajar. Yang lebih banyak ada pada kita dap begitu diberi perhatian ialah persoalan-persoalan agama yang sepele, politik personaliti yang mendungukan dan persoalan-persoalan sensasi yang membius kita dari berfikir—apa yang lebih mustahak untuk difikirkan.
(Diambil dari Kawah Buku)”