“Book Descriptions: Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Arinana selamanya.
Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Arianan dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.
Orang kata jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Arinan takut dan gerun pada Akmal yang macam samseng itu, kadangkala timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.
Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri?” DRIVE