“Book Descriptions: Persahabatan antara Wardah Numa dengan Bard Cotton Bud, Syin si Hush Puppies celup, dan Leo sang singa sarkas kerana minat meluncur yang sama membantu Numa untuk hidup mekar sebagai sekuntum bunga di taman. Namun seiring dewasa, Numa memilih untuk meninggalkan segala-galanya termasuklah minat, kawan-kawan rapat dan lelaki yang dia pernah cinta.
“Aku tak akan buat sesiapa tertunggu-tunggu, dan tak ada sesiapa pun yang akan tunggu aku.” – Jebat Rabbani (Bard)
“Jadi, kau nak cakap dengan aku yang kau nak berputus asa dengan kami? Kau nak berputus asa dengan aku?” – Asad Afifuddin (Leo)
Dalam mendekap dewasa yang tidak pernah mudah, mampukah Numa terus melangkah dengan pilihannya sendiri sedang dia bergelut mencamtumkan kembali perca jiwa yang dihempas sehingga berserak pecah?
“Terlalu banyak dulu dengan sekarang kita yang dah tak sama, tak ke?” – Wardah Numa
Atau sebenarnya dia hanya memerlukan hati yang separuh sembuh untuk memperoleh erti bahagia yang jauh lebih indah?” DRIVE