Selasihku Sayang
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Halina janda anak 2 menjadi mangsa palakor yang merampas suaminya dengan sadis. Ditinggalkan terkontang-kanting dalam keadaan susah untuk meneruskan hidup.
Kesakitan itulah yang memaksa dia bangkit demi kelangsungan hidup mereka 3 beranak setelah 18 tahun menjadi suri rumah. Bekas suaminya lupa diri, lupa anak-anak setelah bertemu cinta baru.
Sadis?
Sadis! Qarman lelaki yang pernah dicintainya tiba-tiba tergila-gilakan andartu tak lawa namun berharta.
Namun manusia tidak akan tahu apa yang berada di sebalik pandangan mereka melainkan dengan izin Allah.
Hidup Qarman haru biru setelah menceraikan isterinya. Entahkan kafarah... entahkan ujian. Mungkin kedua-duanya.
Berdepan panas baran luar biasa isterinya Riana, hidup Qarman tunggang terbalik. Sehinggalah dia diberitahu sesuatu tentang dirinya, tentang siapa yang mendampinginya selama ini.
Ujian hidup... semua orang berdepan dengannya. Namun persepsi berbeza jika wanita yang diuji berbanding lelaki yang diuji. Kisah ini membawa mesej... lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
Halina dan Qarman bertuah kerana di sebalik semua ujian mereka, Allah tetap memberikan mereka dua anak yang baik akhlak mereka. Malah selepas melepasi ujian mereka, nikmat dunia digandakan untuk mereka syukuri.
Kisah ini tidak tentang wanita mampu hidup sendiri tanpa lelaki kerana kebanyakan wanita syurga, Allah berikan syurga kerana ada lelaki di sisi mereka sama ada lelaki yang kufur atau lelaki yang soleh.
Tetapi kisah ini tentang mereka. Sekeluarga yang pecah berderai lalu bercantum semula. Malah mereka lebih bahagia berbanding sebelum ujian Allah itu sampai kepada mereka.”