“Book Descriptions: Cinta pertama itu pernah hadir. Memang indah biarpun parah membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan kisah hati yang ternyata bukan milik aku namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi cinta kedua. Dia hadir ketika takdir membawa dia dekat di hati. Dias ah di sisi bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini. Dia… Anaresa. Unik, muda dan masih bergelar budak sekolah. Namun, kala lafaz sakinah tu terluncur dari bibir ini, dia adalah wanita. Wanita kepada seorang lelaki, isteri kepada seorang suami – Zafran Zaini
“Moga keindahan cinta kita kekal selamanya. Andai terduga, kekalkan Resa di hati abang. Menjadi wanita memujuk hati abang, menjadi teman mendengar masalah abang dan menjadi isteri memeluk abang ...” – Zafran
Aku masih bergelar budak sekolah. Masih sopan dalam kenakalan ini. Dia hadir tanpa kuduga. Membawa kisah cinta yang tak pernah ada di dalam hati. Ternyata yang pertama itu untuk dia dan juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata akulah pelengkap sisi rusuknya. Ada resah dalam diri. Mampukah seorang budak sekolah menjadi isteri? Namun, kala dia melafazkan akad, mengucup nafas di kepala, dia adalah suami dan aku adalah isteri – Anaresa Abdullah
“Resa cintakan abang. Yakinlah, kerana sekali cinta, Resa tetap cinta…” – Anaresa
Zafran dan Anaresa bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu yang tepat. Umur menjarakkan namun cinta di hati mendekatkan malah jodoh merelakan. Menerima suami yang matang membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi Zafran pula, mencintai budak sekolah itu membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi mata sebagai seorang wanita dan isteri.” DRIVE