“Book Descriptions: Bagi Nadhir, Inaya selalu membuat masalah.
Bagi Inaya, Nadhir yang selalu mencari salah.
“Ya, kau sendiri masalah terbesarnya. Aku tahu kau akan benci apa yang aku akan cakap, tapi satu hari nanti kau akan fikirkan balik semua ni. You’re the root of the problem.” – Nadhir
“Encik tak berhak nak hukum saya sampai macam tu sekali.” – Inaya
Nadhir menyampah dengan kebodohan Inaya. Baginya Inaya sendirilah mencari masalah untuk dirinya.
Inaya pula menganggap lelaki itu seperti Nadhir tidak pernah faham apa yang sudah dia lalui kerana cara mereka dibesarkan tidak pernah sama.
Namun saat Inaya menempah kehancuran untuk hidupnya sendiri. Dia mula sedar makna disebalik kata Nadhir. Dia akui dialah punca segala derita yang datang dalam hidupnya.
Saat hidupnya terumbang-ambing dia sangka Nadhir muncul untuk mengherdiknya, tapi lelaki itu insan pertama yang datang ingin membantunya.