“Book Descriptions: Raja Harimau memerintah dari puncak Gunung Kwasa dengan penuh kezaliman. Rimba sedang sengsara. Kemarau kian menyua muka. Segala peraturan purba nenek moyang untuk berlaku adil telah disingkirkan. Sang Kancil, puteri kepada Raja Kancil Tua harus segera mendewasa demi melunaskan takdir agar dia datang menjadi penyelamat.
Sejauh mana ketakutan membuat kita jadi tamak dan merampas hak yang lain? Yakinkah kita apa kita mahu itu sesuatu yang baik? Dan sekerap mana pula sebuah kesetiaan memaksa kita untuk berlaku khianat?
Penulisan semula koleksi fabel klasik dalam bentuk sebuah satira politik ini membawa pembaca untuk merenung dilema tentang politik, falsafah hidup dan erti siapa sebenarnya diri kita.” DRIVE