Seroja Isteri Muda Dato' Zuhayr
(By Hana Efriena) Read EbookSize | 26 MB (26,085 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 654 times |
Last checked | 13 Hour ago! |
Author | Hana Efriena |
“Cucu uncle merayau-rayau sampai ke rumah umi saya. Nasib baik umi saya nampak dan tolong jagakan dia sekejap. Kalau orang jahat yang jumpa, macam mana? Uncle tak sayang cucu uncle ke?” - Seroja Camilla
“Uncle? Cucu? You cakap pasal siapa ni?” - Dato’ Zuhayr
“Budak ni, cucu uncle kan?” - Seroja Camilla
“Zaara Jauza binti Dato’ Zuhayr. She’s my daughter. Dan untuk pengetahuan you, umur I 43 tahun. Bukannya tua sangat.” - Dato’ Zuhayr
Tak sangka Zaara itu anak tunggal Dato’ Zuhayr. Walaupun Dato’ Zuhayr baru berusia awal 40-an serta nampak masih tegap dan kacak, tetap kurang sesuai untuk si kecil Zaara yang baru berusia 4 tahun itu. Seroja ingat setakat itu sajalah perkenalan mereka. Sebaliknya bila Zaara selalu menyelinap keluar untuk pergi ke rumah orang tua Seroja.
“Anak I sukakan you.” - Dato’ Zuhayr
“So? Apa kena mengena dengan saya?” - Seroja Camilla
“Jadi isteri muda I. Jadi ibu kepada Zaara. Dia perlukan kasih sayang perempuan macam you.” - Dato’ Zuhayr
“Saya tak nak jadi penyondol. Saya tak nak berpoligami dan paling penting saya tak suka runtuhkan rumahtangga orang lain. Dato’ tu dah ada isteri, cubalah jadi lelaki yang setia sikit.” - Seroja Camilla
Seroja tolak lamaran Dato’ Zuhayr. Sehingga sampai satu saat, dia tak mampu hendak beralasan lagi. Sementelah setiap syarat yang dia letakkan, dengan mudah ‘dipatahkan’ oleh lelaki tua yang masih HOT dan SADO itu.
“You cakap you tak suka berpoligami. You cakap you tak pernah berniat nak jadi penyondol. Sekarang ni, you tak perlu rasa semua tu. Memandangkan you dah jadi isteri muda I, I akan ceraikan Qasrina. You tak perlu rasa bersalah sebab you sendiri nampak bukan I yang terlebih dahulu curang dengan dia.” - Dato’ Zuhayr
“Dato’ jangan buat gila!” - Seroja Camilla
“Qasrina binti Qahar, aku ceraikan kau dengan talak satu.” - Dato’ Zuhayr
Di depan Seroja, Qasrina diceraikan. Dendam Qasrina membuak-buak. Agak-agak mampu ke perkahwinan Seroja dan Dato’ Zuhayr bertahan sedangkan usia Seroja baru 24 tahun ketika itu? Seroja juga terima Dato’ Zuhayr sebagai suami bukan kerana cinta, tapi kerana Zaara semata-mata. Bagaimana pula dengan dendam Qasrina?”