Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin
(By Nisah Haji Haron) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Nisah Haji Haron |
Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari United Kingdom ke Dublin yang bertemakan buku dan kesusasteraan.
Nisah Haron menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang daripada pengamatannya untuk dibawa balik dan melahirkan hasil pengamatannya itu dalam bentuk buah fikiran atau idea baharu yang boleh dimanfaatkan di tanah airnya. Terutama yang berkait dengan kebajikan para penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman, biarpun mereka telah tiada lagi di dunia ini.
Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, perlukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, hingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang ceritakannya. Pembaca juga dapat menyelami jiwa penulis riang, duka, getir dan tabah penulis menghadapi cabaran dalam merealisasikan cita-citanya. Sesungguhnya buku ini bukan hanya mengisi kisah kembara tetapi lebih daripada itu, tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motovasi bahawa dalam kehidupan ini pandanglah dengan pandangan yang positif dan bersangka baiklah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemberi segala yang difikirkan hamba-Nya.
“Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!” - Dato' (Dr.) A. Samad Said”