“Book Descriptions: Lucas Alexander. Anak ketiga dalam keluarga Bryant, pemegang salah satu anak syarikat dari jauh dan juga seorang pensyarah. Mafia ini dikenali dengan Alex si pembeku. Renungan mata kelabunya sering membuatkan orang lain kaku dan terbungkam.
Tiada siapa tahu bahawa dia pernah ada hubungan dengan seorang gadis bernama Iris Deiyana. Gadis itu ditakdirkan bertemu semula dengan Dr. Lucas sebagai pengajar.
“Alex...” - IRIS DEIYANA
“It's Mr Bryant or you can call me Sir Lucas, Iris Deiyana. Please have some respect.” - LUCAS ALEXANDER
Dingin... Namun kenangan lama masih terpahat dan tidak Iris tahu, keluarga mereka sudah mengatur hubungan penyatuan bersama Bryant Family. Namun tidak untuk dia tetapi untuk adiknya, Aris Delisha.
“Aku pilih adik kau.” Adik yang dia sangat benci. Sayangnya perkara yang dirancang bertukar tragedi. Keluarganya pula isytihar muflis. Dia pula dipaksa untuk dijual.
“Can I keep her, Ian?” - LUCAS ALEXANDER
“Kenapa Sir nak simpan saya lagi?” - IRIS DEIYANA
Alex tetap dirinya, diam dan dingin. Soalan Iris dihanyut dalam kebisuan.
“Describe me in one word, sir.” “Mine.”
Dapatkah Iris bertahan dengan lelaki yang dulu mengisi hatinya kini bertukar menjadi pensyarahnya? Dia juga terikat dan tidak boleh lari lagi oleh kerana tragedi yang berlaku.
“Because everything I do, I do it for you.” - LUCAS ALEXANDER