BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Aldariz Her King

    (By Hana Efriena)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 25 MB (25,084 KB)
    Format PDF
    Downloaded 640 times
    Last checked 12 Hour ago!
    Author Hana Efriena
    “Book Descriptions: Aldariz pernah diselamatkan. Cuma dia tak tahu ‘gerangan’ sebenar yang pernah menyelamatkan nyawa dia. Disebabkan terhutang budi, dia tunaikan permintaan Puan Rasna yang ingin bermenantukan dia. Namun kebenaran sebenar terbongkar sepanjang Erlina bergelar tunangannya. Satu demi satu sisi buruk Erlina terserlah sehingga menyebabkan hati Aldariz mulai goyah.

    “Kau yang selamatkan aku malam tu kan? Bukan Erlina, kembar kau. Kenapa kau tak jujur sebelum ni?”- Aldariz

    “Saya tak pernah selamatkan sesiapa.” - Erlisa

    “You’re not a good liar. Kesan parut dekat pergelangan tangan kau tu, aku masih ingat.” - Aldariz

    “Siapa pun yang selamatkan awak, dah tak penting. Yang penting, Erlina sukakan awak dan awak dah jadi tunang dia sekarang.” - Erlisa

    Pada awalnya Aldariz ingin teruskan saja niatnya untuk memperisterikan Erlina. Tatkala dia sedar dia sebenarnya sudah terlanjur sukakan Erlisa, akhirnya keputusan diubah. Tambahan pula dia tidak mahu perempuan busuk hati seperti Erlina masuk ke dalam hidupnya. Di depan mata dia, Erlisa dipukul dan dijadikan hamba. Di hadapan dia, Erlina dan Puan Rasna tunjuk sikap benci dia terhadap Erlisa. Membuatkan keinginan dia untuk melindungi Erlisa semakin membuak-buak.

    “Selalu kau guna tangan tu untuk apa? Nak aku ajar macam mana nak lempang orang?” - Aldariz

    Pertunangan dengan Erlina diputuskan, dan kini calon isteri Aldariz sudah
    bertukar orang. Namun Erlisa tidak sanggup dituduh perampas oleh Erlina. Dia cuba menolak, malangnya Puan Rasna punya hak ke atas dirinya. Apa daya yang Erlisa ada pabila Puan Rasna sendiri sudah bersuara? Menerima lamaran Aldariz walaupun tanpa persetujuannya. Dek rasa sakit hati, tak habis-habis ayat berbaur sindiran keluar dari ulas bibir Erlisa. Pada Erlisa, Aldariz miliki dia dengan cara yang salah. Dengan cara, tak memberikan dia sebarang pilihan melainkan persetujuan.

    “Saya terima awak sebab mak dah ‘jual’ saya pada awak. Awak dah keluarkan jumlah wang yang banyak untuk saya. Jadi sekarang ni apa saya perlu buat supaya awak tak rasa rugi memiliki saya? Nak saya layan awak macam raja? Atau nak saya puaskan awak dekat atas katil bila-bila masa yang awak nak?” - Erlisa

    “Setakat ni cukup kau jaga makan dan pakai aku. Hormat aku sebagai suami. Kalau kau rasa dah ikhlas jadi isteri aku, baru aku akan tuntut hak aku sebagai seorang suami. Ya, aku memang bayar mak kau. Tapi duit tu sebagai bayaran supaya dia dan Erlina hentikan penderitaan kau. Aku takkan tergamak nak berjual-beli dengan maruah seseorang. Apatah lagi seseorang itu adalah kau, isteri aku sekarang.” - Aldariz

    Itu kata Aldariz. Sedangkan Erlisa, seakan masih menyimpan rajuk jauh di sudut hati. Menyebabkan Aldariz yang terpaksa hendak membeli jiwa wanita itu kembali. Membuktikan pada Erlisa, dia di sini hanya untuk melindungi. Bukan menyakiti.

    “Kau kata tak suka tiap kali aku dekat-dekat dengan kau. Tapi sekarang kau yang sedang menghimpit aku nampaknya. Nafas kau terkena muka aku. Jika ini bukan menggod4, apa pula namanya?” - Aldariz

    Kisah ini tentang seorang lelaki yang ingin membahagiakan wanita yang dicintainya. Menjadi pelindung kepada wanita bernama Naura Erlisa. Agak-agak mampu ke Aldariz bahagiakan Erlisa dan buat Erlisa terima dia sepenuh hati? Sedangkan dalam hati Erlisa, masih wujud perasaan bersalah pada kembarnya itu.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Pejuang Cinta

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Mr Troublemaker Vol. 2

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Mr Troublemaker

    ★★★★★

    Cik Bawang

    Book 1

    Terpanah Hati Dato' Beku

    ★★★★★

    Suri Mohamad

    Book 1

    Belongs to Mr Enemy

    ★★★★★

    Rinsya Chasiani