“Book Descriptions: Novel ini mengemukakan idealisme tentang kehidupan sosial golongan wanita marginal di Kuala Lumpur, iaitu Fei, Fati dan Ana. Mereka mewakili segelintir wanita yang mengalami kompleksiti pengalaman hidup berumah tangga kesan daripada dominasi golongan lelaki. Ketiga-tiga wanita ini ditemukan di sebuah rumah di atas kedai dan penderitaan mereka terbongkar kerana situasi kehidupan sosial yang menyebabkan mereka terpenjara dalam dominasi kaum lelaki. Isu budaya menjadi pokok persoalan yang menguji nilai kemanusiaan dan kebenaran.
Novel ini memenangi Hadiah Utama Sayembara Penulisan KLWBC 2020” DRIVE