Dia menemui susuk itu ketika rinai hujan menipis, sekitarnya terasa begitu skaral sehingga menerbitkan pelangi yang sangat tiba-tiba seusai hujan. Dia tidak berhasrat meneduhkan, hanya kerana payungnya besar dan teres tempat menanti itu sesak lalu di sebelahya lelaki itu berdiri.
Sesudah itu mereka berlalu tanpa pamitan. Hanya pelangi mengiringi perjalanan pulang masing-masing dan tiada kisah tercipta.