“Book Descriptions: Conglomerate Marriage, adalah perkahwinan yg melambangkan status dan kuasa.
Bagi Kamilia, dia hanya ingin mencari suami, bukannya cinta! jiwanya telah lama mati, bersama kisah lalu yang pahit.
Adrian terpaksa melepaskan kekasih hatinya Ayu Imani kerana harus memilih isteri yang sekufu.
Penyatuan antara Kamilia dan Adrian berjaya mengukuhkan kedudukan dua keluarga konglomerat. Tetapi, ada banyak hati yang tersakiti di atas perkahwinan mereka.
Kisah ini memberi gambaran bagaimana mereka yang berada dalam kelompok VVIP ini bergelut antara cinta dan status.
Kepedihan, kesakitan, dendam dan rindu bersatu. Semuanya kerana cinta yang mereka ingin pertahanankan.
Untuk cinta terus hidup dalam hati mereka yang berada dalam kelompok ini. Adrian dan Kamilia sedar, mereka harus melepaskan masa lalu dan reda dengan jodoh yang telah ditakdirkan.
Tetapi, adakah cinta mampu mekar di hati mereka yang pernah terluka?” DRIVE