“Book Descriptions: Kerajaan-kerajaan Islam pernah didirikan di wilayah India selama lebih 700 tahun. Namun, sejarah ketamadunan ini jarang dikenang tidak sepertimana kerajaan Islam di wilayah lain. Kemudian, keruntuhan peradaban Islam di India diikuti pula dengan tumbangnya Daulah Khilafah yang selama ini memayungi umat Islam seluruh dunia pada tahun 1924. Kesatuan Islam dipecah-pecahkan. Umat diserang dari segenap sudut.
Para ulama sedaya upaya memelihara akidah umat melalui Turath Islami agar tidak diancam dek penjajahan dan modenisasi yang rosak. Pelbagai gerakan dakwah dibina dengan pelbagai uslub. Maulana Ilyas Kandhlawi, ulama daripada keturunan Bani Taim mengasaskan Jemaah Tabligh pada tahun 1926. Usaha dakwah beliau adalah sezaman dengan Syeikh Hassan al-Banna.
Kini, usia gerakan dakwah Jemaah Tabligh telah pun hampir 100 tahun lamanya. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka lakukan dalam usaha menyebarkan agama Islam. Karya ini didedikasikan sebagai tanda kekaguman dan penghargaan penulis buat mereka.” DRIVE