“Book Descriptions: Elliyah. Itu nama kawan baik Ellora.
Semenjak habis SPM, Ellora selalu hantar e-mail kepada Elliyah. Mereka berkenalan kerana Ellora pernah hantar e-mail yang salah kepada alamat e-mail Elliyah. Entah macam mana, mereka boleh jadi rapat. Elliyah menjadi tempat Ellora bercerita tentang kehidupannya, siang dan malam.
Dulu, Ellora pernah hampir mengikat janji dengan kawan lelaki di sekolahnya sebelum SPM. Kawan lelakinya ajak Ellora kahwin selepas mereka tamat sekolah. Ellora pun buatlah istikarah.
Tapi, kenapa orang lain yang muncul dalam mimpinya? Lelaki itu langsung tak wujud dalam hidupnya!
Pertama, Ellora mimpi mereka berkahwin.
Kedua, Ellora bermimpi mereka jadi suami isteri yang bahagia! Ellora nak muntah mual bila bangun tidur.
Ketiga, Ellora mimpi dia mengandung. Ya Tuhan! Seram!
Tapi, suatu hari...
Kak Ellina, kakak Ellora bawa bakal suaminya datang ke rumah....
Dan, lelaki itu bernama Tengku Chakrii Elhan.
Paling gila...
Lelaki itu ialah lelaki dalam mimpinya!
Hanya kepada Elliyah, Ellora ceritakan semuanya....